Saturday, March 28, 2009

KUALA LUMPUR: Perbahasan usul ucapan dasar Presiden disampaikan wakil Kedah, Ismail Yaacob menggunakan pantun seloka kelakar tetapi sinis dengan menjadikan beberapa menteri Kabinet sebagai sasaran sindiran menyebabkan suasana Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) riuh rendah dengan gelak ketawa.Ismail yang memperkenalkan diri sebagai ‘Mat Pen’ (singkatan kepada pendek) terpaksa menggunakan pelapik kaki kerana mikrofon terlalu tinggi dan sesekali semput ketika berpantun bukan saja mengundang ketawa malah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menggelengkan kepala apabila pantun yang disampaikan ‘terkena’ kepada beliau.Izinkan saya berucap dalam bahasa tua, Dalam bentuk frasa saya tak sedap nak mengata, Saya nak hayun dalam bentuk seloka, Apa yang saya nak kata semuanya betui belaka.Pada Datuk (Seri) Najib (Razak), Dalam sebuah kapal seorang saja jurumudi, Jangan selalu dengar penasihat kanan atau kiri, Tapi banyak ambil kira kehendak akar umbi. Kita kalah pilihan raya jangan dok salah sapa-sapa, Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara, Kita terlalu tamak,sombong dan gila kuasa, Akar umbi kita tak ambik kira.Bila bayaran elektrik sikit naik atas, Menteri kata jangan pakai aircond, pakai kipas, Yang ada kipas elektrik, dia suruh pakai kipas kertas, Makan ubi kayu kalau tak cukup beras. Menteri kata bulan Ogos, baru minyak naik harga,Takdan bulan lapan, Naik terus lepas bulan dua, Apa menteri cakap akar umbi dah tak percaya,Ikut kata depa cakap macam burung kakak tua.Baru-baru ni kerajaan kuat kuasa satu peraturan,Takdan dua hari dia buh gear gostan,Suruh tukar penggunaan plastik tong ikan, Nelayan yang miskin pun depa tak kesian.Menteri Pelancongan mai sekali sekala kat Langkawi,Kita pekena kerabu kalau tak mau tongkat ali,Kami bermasalah besaq dengan perkhidmatan feri,Kira dok penaik harga, Langkawi dah jadi sunyi.Kat Menteri Penerangan saya nak pesan,Jangan mudah kita termakan umpan,Berdebat berbuih mulut pun bukan ada kesan,Buktinya kita kalah pilihan raya kecil di dua kawasan.Saya nak tanya tuan Menteri Kerja Raya,Siap jalan baru dia bubuh tanda selekoh jalan bahaya,Kalau tahu jalan tu bahaya dok buat apa, Lepas tu kita kalut banyak kereta dok belaga.Akar umbi kata kebanyakan menteri kita terlalu lembut, Orang gempaq sikit menteri terus ikut, Kontrak sosial kita pun dah jadi kelam kabut,Menjadikan rakyat dah mula rasa takut.Setengah kita cari makan kira dok ampu, Takdan bos nak cakap dia sampuk saya setuju, Orang pi melawat kawasan dia sampai dulu, Kita boleh kain pelikat, envelop besar dia sapu.Dari warung kopi hingga ke warung berbintang, Orang dok cakap Umno dan politik wang, Kata depa gejala ini kalau tak dihalang alamat Umno jatuh terkangkang,Tapi sorang kawan saya pulak berkata,Ini bukan rasuah, duit makan dan minyak kereta, Elaun dia kerana tinggal dua tiga hari kerja,Anak bini kat rumah kena jugak jaga.Kalau bagi tentu salah,Kalau tak bagi takut kalah,Bagi sikit depa marah,Bagi banyak kita pulak parah.Apa pun, Malaysia kita sudah berjaya,Kita berbangga dengan Cyber dan Putrajaya, Pak Lah pulak tambah dengan suruhanjaya, Dok cari yang rasuah di kalangan kita. Mulai dari sekarang,Kita mesti berusaha,Sedikit berpolitik banyak buat kerja, Kalah atau menang kawasan mesti dijaga, Baru boleh dapat lebih dari dua per tiga.

No comments:

Post a Comment